Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Lariskan Jualan Di Shopee Dengan Hanya Menggunakan ‘Product Listing’ Yang Menarik

Ramai yang buntu serta tidak tahu bagaimana caranya untuk lariskan jualan di Shopee walaupun produk yang dijual tersebut mendapat permintaan ramai. Entah di mana silapnya, stok produk yang dijual tersebut bergerak amat perlahan dan amat mengecewakan.

Seorang pengguna Facebook, Jas Rina yang pernah mengalami masalah yang sama telah berkongsi tip yang menarik ini. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan sama-sama dapat lariskan jualan di Shopee lagi selepas ini. Ikuti kisah beliau.

1 Lariskan Jualan Di Shopee

Dulu, masa saya mula-mula listing kopi Agros di Shopee, kalau ada yang order kopi tu, rasa macam tak percaya. Sebab sangat jarang orang nak order kopi Agros di Shopee.

Tiba-tiba, ada sekali tu, ada yang order 3 paket kopi. Jadi, bermulalah dengan fikiran positif yang kopi Agros ni ada permintaan di Shopee.

Dengan pantas saya terus order lagi sekotak kopi (24 paket). Biasanya sebelum ini, saya restock kopi 4-5 paket hanya untuk tambahkan kepelbagaian produk di Shopee sahaja.

Dah ada stok sekotak, tunggu berhari-hari, berminggu, dah masuk sebulan, 2 bulan sekotak kopi ni masih ‘termenung’. Adalah sepaket dua saja yang order.

Memang kalau di Shopee, macam-macam jenama kopi dah ada. Masa tu saya terfikir, mungkin kopi Agros bukanlah produk yang sesuai untuk saya listing di Shopee.

Jadinya, nak habiskan sekotak kopi Agros ni, macam-macam idea mula datang. Saya fikir nak buat tester, bagi kopi susu secawan PERCUMA untuk setiap pelanggan yang datang di kedai makan pada masa tu.

Bancuh dan letak dalam termos. Nak habiskan juga sekotak kopi ni, lepas tu dah fikir tak nak restock lagi. Sebab lambat stok gerak.

Lagi satu idea lain yang terfikir masa tu ialah nak baiki semula listing di Shopee. Edit gambar yang lebih menarik, letak info yang jelas dan buat video cara nak bancuh kopi yang sedap meleleh.

Alhamdullilah, bila mula ada yang beli, ada lagi orang kedua, ketiga dan seterusnya yang membeli. Bila ada yang mula review kopi ni sedap, kopi ni dah banyak kali beli, makin kerap order kopi Agros masuk.

Maka, muncullah idea untuk saya betulkan semula cara listing produk-produk lain di Shopee, sama macam saya baiki produk kopi ini juga.

Alhamdullilah, ianya memang sangat membantu untuk tambah kekerapan orang order di Shopee saya.

Saya ringkaskan dalam bentuk point cara saya buat sedikit rombakan pada listing produk saya di Shopee.

Moga bermanfaat.

1) GAMBAR

Saya tukar gambar produk yang nampak kurang menarik. Ada yang saya snap gambar baru, ada yang saya hanya edit design baru menggunakan aplikasi Canva.

2) PENUHKAN LISTING DENGAN GAMBAR

Untuk gambar di Shopee, setiap listing boleh letak maksimum 9 gambar.

Jadi, pilih gambar dan info menarik tentang produk untuk penuhkan kesemuanya dengan gambar-gambar produk.

3) TESTIMONI

Saya edit testimoni agar nampak lebih menarik menggunakan aplikasi Canva untuk letak sekali di listing produk.

Canva merupakan aplikasi yang sangat best dan mudah digunakan untuk edit gambar dengan cepat. Pastikan juga testimoni ini merupakan testimoni yang jujur dari customer.

4) BUAT VIDEO PRODUK

Tambahkan video supaya yang nak membeli lebih jelas saiz atau sebagainya mengenai produk.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk yang membacanya.

InsyaAllah, kalau produk yang kita jual itu sangat bagus, sangat bermanfaat untuk pengguna, kita usahakan juga untuk menyediakan info yang jelas, mudah faham dan disertai dengan gambar yang menarik.

Jutaan terima kasih kepada Jas Rina kerana berkongsi tip untuk lariskan lagi jualan di Shopee ini.

BACA: Cara-Cara Untuk Melaporkan Kenaikan Harga Melampau Menggunakan Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP

Sumber:  Jas Rina

Leave a Reply

Your email address will not be published.