Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini dibuka!

Mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan kini boleh mengemukakan permohonan masing-masing manakala penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang untuk membuat pengemaskinian.

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

BKM adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

BACA: Cara Untuk Memohon Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF) Bank Negara Malaysia

Syarat kelayakan

1) Isi Rumah

a) Kahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2) Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3) Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan

c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Pendaftaran baharu

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod dalam pangkalan data BKM sedia ada dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau tidak pernah menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas COVID-19 (BKC) atau Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini.

Pengemaskinian maklumat

Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, perlu membuat kemas kini dalam tempoh yang ditetapkan.

Tempoh permohonan baharu/pengemaskinian maklumat

1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Jumlah bayaran

1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Bayaran tambahan

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

1) Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

2) Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

Bayaran tambahan

NOTA: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Tarikh bayaran

Pembayaran BKM dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kaedah pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR/BKC 2021 sebelum ini iaitu dikredit terus ke akaun bank pemohon ATAU secara tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

LANGKAH-LANGKAH

Permohonan secara dalam talian

1) Layari portal rasmi BKM LHDNM di https://bkm.hasil.gov.my; ATAU

2) Muat turun aplikasi telefon pintar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di Google Play Store ATAU Apple App Store.

3 LANGKAH_LANGKAH

NOTA: Pendaftaran perlu dibuat sekiranya pemohon ingin membuat permohonan baru BKM 2022 sahaja dan tidak pernah mendaftar sebelum ini. Sekiranya pemohon adalah penerima BPR atau BKC 2021 dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk.

Permohonan menggunakan borang

1) Isi Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di:

a) Portal Rasmi BKM LHDNM; ATAU

b) Cawangan LHDNM/Pusat Satelit (PS)/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; ATAU

c) Melalui pautan berikut: Borang Permohonan BKM 2022 dan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM

2) Hantar borang yang telah lengkap diisi ke:

a) Cawangan LHDNM/Pusat Satelit (PS)/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; ATAU

b) Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); ATAU

c) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); ATAU

d) Pejabat Daerah/Pejabat Residen; ATAU

e) Hantar secara pos ke alamat berikut:

Peti Surat BKM
GPO Shah Alam
40800 Selangor

Borang Permohonan

NOTA: Penghantaran secara faks dan e-mel adalah TIDAK diterima.

Semakan status permohonan

Semakan status permohonan boleh dibuat di:

1) Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; ATAU

2) Semakan menggunakan aplikasi telefon pintar BKM; ATAU

3) Hubungi Hotline BKM MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) ATAU LHDNM (9.00 pagi hingga 5.00 petang); ATAU

4) Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM/PS LHDNM/PKH LHDNM/UTC LHDNM.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022, sila hubungi:

Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.

Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
Talian Bantuan Khas Kerajaan: Muat turun DI SINI
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi BKM

Leave a Reply