Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Melalui satu perkongsian di laman Facebook rasmi SSPN-i Plus PTPTN, telah dinyatakan dengan terperinci cara untuk bayar pinjaman PTPTN menggunakan Akaun 2 KWSP dengan hanya 5 langkah mudah.
Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi pelan simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) merupakan simpanan patuh syariah yang direka untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Peminjam kini boleh bayar pinjaman PTPTN masing-masing menggunakan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
1) Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
2) Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
BACA: Langkah-Langkah Untuk Membuat Pembayaran Dan Deposit PTPTN Menggunakan JomPAY
Dalam Bajet 2022, diskaun bayaran balik telah ditawarkan mulai 1 November 2021 sehingga 30 April 2022 seperti berikut:
1) Diskaun 15% diberikan atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
2) Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
3) Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
1) Layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login dan masukkan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’ (pendaftaran adalah diperlukan bagi ahli KWSP yang belum pernah mendaftar i-Akaun).
2) Pilih ‘PENGELUARAN’.
3) Klik ‘Permohonan Baharu’ dan pilih ‘Jenis Pengeluaran’ iaitu ‘Pendidikan’.
4) Lengkapkan maklumat dan ‘Ruang Mandatori’ yang diperlukan:
5) Masukkan nombor MyKad atau ‘No. Pinjaman’ di bahagian ‘No. Rujukan Pelajar’. Mohon amaun yang diperlukan untuk pengeluaran, klik ‘Seterusnya’ dan ‘HANTAR’.
NOTA:
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk bayar pinjaman PTPTN menggunakan Akaun 2 KWSP dengan hanya 5 langkah mudah, sila hubungi:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03-2193 3000
Faks: 03-2193 1263
ATAU klik pautan di bawah untuk menggunakan aplikasi telefon pintar WHATSAPP dan hubungi terus Pegawai PTPTN berikut:
WHATSAPP Pegawai PTPTN (Nurshahirah Mansor) [email protected]
WHATSAPP Pegawai PTPTN (Nur Afiqah Ruslan) [email protected]
WHATSAPP Pegawai PTPTN (Nazreen Aziz) [email protected]
WHATSAPP Pegawai PTPTN (Maznira Mokhtar) [email protected]
Sumber: Facebook SSPN-i Plus PTPTN