Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan pembiayaan peribadi tanpa cagaran MyRinggit-i Banjir bagi membantu meringankan beban mangsa banjir baru-baru ini.
BSN MyRinggit-i Banjir merupakan inisiatif kerajaan yang disediakan khusus bagi membantu mereka yang terkesan akibat bencana banjir pada bulan Disember 2021 di Malaysia dan ditawarkan dalam bentuk pembiayaan peribadi tanpa cagaran.
BACA: Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
1) Warganegara Malaysia.
2) Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Laporan Polis).
3) Bukan seorang yang diistiharkan muflis.
4) Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan untuk satu isi rumah.
Sehingga RM10,000.
3.5 tahun termasuk moratorium (penangguhan bayaran) untuk 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.
0% (Tiada).
1) Tunai di kaunter BSN.
2) Arahan Tetap/Standing Instruction.
3) Perbankan Internet (IBG)/e-payment.
4) Mesin ATM/CDM/myBSN.
5) Mana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN.
1) Salinan Kad Pengenalan.
2) Salinan bil elektrik rumah yang terjejas.
3) Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/Laporan Polis berkenaan rumah yang terjejas (muat turun DI SINI).
Amaun Pembiayaan (RM) | Jumlah Ansuran Bulanan (RM) |
1,000 | 28 |
2,000 | 56 |
3,000 | 84 |
4,000 | 112 |
5,000 | 139 |
6,000 | 167 |
7,000 | 195 |
8,000 | 223 |
9,000 | 250 |
10,000 | 278 |
Berikut adalah simulasi jumlah bayaran ansuran yang perlu dibayar pada setiap bulan bermula pada bulan ketujuh dalam tempoh pembiayaan.
NOTA: Nota: Jadual ansuran bulanan ini adalah berdasarkan pembiayaan pada kadar keuntungan efektif 0.00% dan tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan. Jadual ini hanyalah sebagai rujukan.
1) Layari https://bsncheckin.com.my/floodfinancing/applicationform.aspx, ikuti arahan yang diberikan dan klik ‘Submit’ (bagi pelanggan yang mempunyai masalah/tidak mempunyai akses internet, sila kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berdekatan untuk membuat permohonan). Rujuk infografik di bawah ini untuk gambaran ringkas:
2) Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan. Pelanggan juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan https://bsncheckin.com.my/FloodFinancing/checkstatus.aspx
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memohon pembiayaan peribadi tanpa cagaran BSN MyRinggit-i Banjir, sila hubungi BSN di:
ATAU kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berdekatan.
Sumber: Portal Rasmi BSN