Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kerajaan telah menawarkan bantuan dalam bentuk rebat bernilai RM500 bagi Pembelian Peralatan Elektrik Domestik kepada mangsa yang terlibat dengan banjir baru-baru ini.
Bantuan ini disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu mangsa-mangsa banjir melalui pemberian rebat sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di kedai berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.
Pemberian rebat ini menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE iaitu satu sistem yang diurus oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia dengan kerjasama beberapa lagi agensi kerajaan dan badan swasta.
Berbeza dengan penebusan e-rebat Program SAVE 3.0, rebat RM500 ini masih menggunakan platform SAVE tetapi tidak tertakluk kepada pembelian peralatan elektrik cekap tenaga 4 atau 5 bintang yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga sahaja.
BACA: Cara-Cara Untuk Memohon Pembiayaan Peribadi Tanpa Cagaran BSN MyRinggit-i Banjir
1) Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak kerajaan Malaysia.
2) Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM-ST.
Setiap isi rumah layak untuk mendapat rebat maksimum sehingga RM500.
1) Salinan kad pengenalan.
2) Akaun bil elektrik domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sah.
3) Dokumen lain yang berkaitan dengan banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut):
1) Pembelian dan penebusan di kedai atau pasar raya berdaftar.
2) Pembelian secara atas talian (e-dagang: Shopee/Lazada/PG Mall).
Senarai lengkap boleh di rujuk menggunakan PAUTAN INI.
Pembelian/penebusan terus
1) Kunjungi kedai atau pasar raya berdaftar untuk membuat pembelian peralatan elektrik yang diingini dengan membawa sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
Pembelian secara atas talian
1) Pilih mana-mana platform e-dagang yang tersenarai (Shopee, Lazada atau PG Mall) dan hanya klik pada logo e-dagang pilihan tersebut untuk membuat pembelian peralatan elektrik.
NOTA:
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk mendapat rebat RM500 bagi Pembelian Peralatan Elektrik Domestik di bawah Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, sila hubungi:
Pasukan Khas Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Pembelian Peralatan Elektrik Domestik,
Program SAVE, SEDA Malaysia
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.
Telefon: 03-8870 5800
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal Rasmi SEDA